Wednesday, 30 October 2013

Candy Crush

hurmm... ngeluh panjang aku.. mana tak nye.. aku ni suka main candy crush sebenarnya.. nak tidur sampai terbayang gula-gula dalam mimpi aku.. apa la aku ni.. 

semenjak tak kerja ni aku dah tak main candy crush. aku sibuk mencari job online.. macam-macam aku buat sementara tiada kerja tetap.. aku jual handphone, aku jual laptop, aku promote mama aku nye bisnes muffin dan mee siput.. syukur alhamdulillah.. walaupun sikit yang aku dapat, sekurang-kurangnya masih rezeki halal. 

agak-agaknya apa lagi yang aku boleh buat untuk menambah pendapatan? jika ada lebih boleh lah aku kongsi gaji aku kepada kedua orang tua aku.. tetiba aku terfikir.. 

 
"kan bagus kalau aku main candy crush aku dapat duit.." hahahahaha... gelak sorang-sorang aku. boleh ker main jer candy crush dapat duit??? kadang-kadang otak aku macam budak-budak, berangan ajer.. walau apa pun, aku mesti usaha kuat. mesti ada peluang dan ruang untuk aku.. insyaallah.. doakan aku kawan-kawan. terima kasih

Tuesday, 29 October 2013

tom yum goong 2



petang semalam beria-ia aku g beli tiket. kawan baik aku belanje nak tengok wayang citer tom yum goong. al maklum la.. kawan baik aku ni suka tengok cerita aksi, nak-nak pula pelakon utama star pulak tu, tony jaa.. hahahhaa.. excited la sangat dalam hati, seronok konon membayangkan citer kali ni lagi syok la.. 

wow!!! mula-mula tu ok jer la.. tetiba kat tengah-tengah citer macam da tak kena jer jalan ceritanye.. terlalu sarat ngan aksi-aksi berlawan.. hurmm.. kawan aku punya la hampa.. kesian pulak tengok dia nye muka kecewa.. haaaiiiissshhhh..... walau apa pun aku ni.. layann sahaja.. penat-penat dorang bekerja hasilkan karya.. mungkin kali ni tak cukup ummmppphhh... sorry to say.. (aku pun minat tony jaa..)

#*tony*jaa*da*gemok*#



sedih, pendam dalam hati

sengeh sorang-sorang aku ni.. apa la aku ni.. perasan sahaja.. tengok tv sorang-sorang pun boleh tersenyum sendiri. aku tak bekerja sekarang ni.. pengalaman kerja punya lah banyak tapi bila aku pergi apply kerja, hantar resume, dan bla bla bla.. jawapan yang sama adalah.. aku tak layak.. hahaha.. 

what ever!!  sedih dalam hati siapa yang nampak. da la komitmen aku banyak.. banyak benda nak bayar.. tanggungjawab aku sebagai anak kepada ibu bapa, bulan-bulan mesti la nak kena bagi sikit. ini jam semua benda berbayar, takde yang free. apakah aku kena berputus asa???

walau apa pun yang aku adalah orang positif.. buat apa aku berputus asa. putus asa adalah untuk orang yang malas dan tidak agresif dalam hidup. aku adalah siti hajar..  aku penyabar, aku kuat semangat, aku berani dan aku percaya allah sentiasa di sisi aku..

telatah anak buah dengan bapa sedara.

ini lah dia tiap-tiap hari mereka macam ni, jumpa nak bergurau, nak menyakat, nak merajuk, hahaaha... boleh runtuh rumah kalau ada sepuluh ...