Tuesday 10 April 2018

Buat Duit Dengan Aplikasi Bigo Live

Di abad ini media sosial berkembang dengan pesat sekali seperti facebook, twitter, wechat, whatsapp dan sebagainya. Ramai orang suka berkomunikasi satu sama lain di alam maya                                  
Jika dahulu media sosial berasaskan gambar, teks atau mesej ringkas, kini banyak muncul aplikasi media sosial berasaskan video streaming dan salah satunya yang sedang popular kini adalah Bigo Live

Bigo Live merupakan fenomena media sosial baru. Pemaju aplikasi ini bernama Bigo Technology Pte Ltd yang berpusat di Singapura. Live video streaming rangkaian sosial ini baru dikeluarkan pada Mac 2016. Aplikasi ini boleh didapati secara percuma di Play Store android dan apple .

Dalam masa yang singkat, aplikasi ini mampu mengalahkan aplikasi yang sudah lebih dulu popular seperti Snapchat, Camfrog, Cliponyu dan Nonolive. Bigo Live lebih diminati kerana  video streaming yang lebih cepat dan kualiti gambar yang lebih baik.

Apa yang boleh dilakukan di Bigo Live?

Bigo Live membolehkan setiap orang berkomunikasi dengan video streaming secara live. Setiap orang boleh mempunyai dua peranan di aplikasi ini, iaitu sebagai "broadcaster" dan sebagai "viewer".

Untuk menjadi seorang "broadcaster", anda hanya perlu mengaktifkan kamera di Bigo Live. Tentu saja, syarat utamanya telefon bimbit yang anda gunakan harus mempunyai kamera depan yang mencukupi. Sedangkan majoriti pengguna adalah viewer yang mengikuti siaran langsung para broadcaster.

Sebagai seorang "broadcaster", anda boleh menunjukkan kehidupan seharian anda pada orang ramai dengan menyanyi, bermain gitar, menayang movie, memasak, berkongsi tutorial make up atau fesyen.

Sememangnya setiap teknologi akan memberi kesan baik dan buruk pada pengguna. Begitu juga dengan media sosial seperti Bigo Live. Bigo Live mampu memberikan kesan positif yang nyata bagi para penggunanya. Sebaliknya, ia juga mampu memberi kesan negatif jika seseorang salah guna aplikasi video streaming Bigo Live.

Beberapa broadcaster kerap menunjukkan aksi yang berbau lucah. Kebanyakan "broadcaster" adalah wanita. Terdapat di beberapa negara mereka menggunakan Bigo Live untuk aktiviti menjual diri. perkara tersebut sebenarnya disokong juga oleh para penonton yang kerap meminta "broadcaster" melakukan aksi-aksi tertentu secara live. Gunalah bigo untuk perkara yang berfaedah.
Bagaimana untuk menjana wang dari Bigo Live
Semua orang boleh menjadi "broadcaster" di Bigo Live. Tapi ada yang namanya broadcaster rasmi atau official broadcaster / official host. Mereka adalah broadcaster yang melakukan rutin siaran di Bigo Live.

Tentu saja, sebagai penyiar rasmi mereka dibayar untuk setiap siaran yang dilakukan, sama dengan pekerjaan formal lain. Berapa gaji yang diterima official broadcaster? Khabarnya cukup besar, tetapi saya tidak begitu pasti.

Untuk mendapat gaji dari Bigo Live, tidak semua orang boleh menjadi official "broadcaster". Mereka yang berminat, perlu menjalani temuduga terlebih dahulu. Beberapa syarat untuk menjadi broadcaster seperti contoh Lelaki atau lelaki berusia 16 - 30 tahun, mempunyai penampilan yang menarik, menyeronokkan dan bijak berkomunikasi.

Selain itu "broadcaster" juga boleh meraih pendapatan dari live broadcasting yang dia lakukan. Pendapatan itu boleh diperoleh dari gift berupa beans atau diamond yang diberikan oleh para penonton sebagai bentuk penghargaan.

Jadi setiap melakukan siaran, penonton biasanya akan memberikan hadiah kepada "broadcaster". Hadiah tersebut berupa diamond atau beans. Nilai tiga diamond bersamaan dengan 10 beans.

Hadiah tersebut diperoleh tidak secara percuma tapi dibeli dari Bigo Live. User Bigo Live boleh membeli diamond dengan menggunakan Mol point atau Google Wallet. 
Berikut adalah harga diamond bigo live;
60 Diamond = $0.99
424 Diamond = $6.99
1212 Diamond = $19.99
5454 Diamond = $89.99

Broadcaster yang mendapat hadiah dari penonton akan mengumpulkan ribuan beans setiap kali siaran selama satu hingga dua jam. Broadcaster boleh menukarkan gift tersebut menjadi wang. Semakin banyak beans yang dimiliki, maka semakin besar pula wang yang boleh diperolehi.

Pengguna Bigo Live akan beri berbagai hadiah virtual gift seperti cincin, bunga, motosikal hingga supercar. Harga hadiah tersebut berbeza-beza contohnya bunga bernilai 1 diamond dan cincin bernilai 30 diamond. Sedangkan hadiah paling mahal adalah supercar bernilai 3,000 diamond. Jadi jika ada broadcaster yang mendapat supercar, pendapatannya akan cepat melonjak.

Hadiah yang diberikan kepada broadcaster akan ditukar menjadi beans. Kemudian beans tersebut boleh ditukar menjadi wang dengan nilai 210 beans bersamaan US $ 1 (satu dollar). Untuk dapat menukarkan beans menjadi wang, anda harus mempunyai sekurang-kurangnya 6700 beans yang boleh ditukarkan menjadi US $ 32.

Berapa pendapatan terbesar yang boleh diperolehi oleh seorang broadcaster? Jawapannya tidak terhingga. Contoh sahaja, seorang streamer di Thailand dapat memperoleh 890000 beans hanya dengan duduk manis di hadapan kamera depan telefon bimbitnya melalui Bigo Live. Bagi pengguna Malaysia gunalah bigo untuk perkara yang berfaedah.

Menyalahgunakan aplikasi 'Bigo Live'

Aplikasi  'Bigo Live' dianggap sebagai 'pelacur media sosial' yang memberi pangaruh yang tidak sihat kepada generasi muda, terutamanya pelajar sekolah. Aplikasi 'Bigo Live' pernah dicadangkan supaya pihak berwajib untuk mengambil tindakan segera mengharamkan penggunaan aplikasi tersebut.

Aplikasi 'Bigo Live' yang berbentuk 'live streaming' itu semakin menarik perhatian dalam kalangan pengguna media sosial kerana fungsinya yang membolehkan pengguna berkomunikasI secara langsung seperti berkenalan dengan rakan baharu atau meluaskan perniagaan mereka.

"Apa yang menyedihkan ialah selalunya pengguna media sosial sering menyalahgunakan 'Bigo Live' yang bertujuan menjatuhkan moral dan dikhuatiri boleh mengundang masalah sosial yang teruk pada masa akan datang," penonton aplikasi itu begitu ghairah memberi 'hadiah' kepada pemilik akaun 'Bigo Live' yang dengan mudah menayangkan 'aset' mereka, termasuklah aset yang tidak sesuai untuk ditayangkan.

"Yang semakin membimbangkan apabila ada kalangan mereka memberi komen lucah dan mahukan lebih daripada apa yang ditayangkan dan perkara ini mengundang ketagihan kepada pengguna dan akhirnya menjebakkan diri kepada perkara tidak sihat,".

Aplikasi 'Bigo Live' yang dibangunkan syarikat dari Singapura mempunyai pengikut terutamanya dari negara Malaysia, Indonesia, Vietnam, Thailand dan Filipina itu, memberi pendapatan kepada pemilik akaun menerusi 'hadiah' yang diterima sepanjang waktu siaran langsung itu

Teknik pemasaran seperti itu menarik minat pengguna aplikasi itu untuk mendapatkan seberapa banyak 'hadiah' daripada penonton.

telatah anak buah dengan bapa sedara.

ini lah dia tiap-tiap hari mereka macam ni, jumpa nak bergurau, nak menyakat, nak merajuk, hahaaha... boleh runtuh rumah kalau ada sepuluh ...