Tuesday, 10 April 2018

Menyalahgunakan aplikasi 'Bigo Live'

Aplikasi  'Bigo Live' dianggap sebagai 'pelacur media sosial' yang memberi pangaruh yang tidak sihat kepada generasi muda, terutamanya pelajar sekolah. Aplikasi 'Bigo Live' pernah dicadangkan supaya pihak berwajib untuk mengambil tindakan segera mengharamkan penggunaan aplikasi tersebut.

Aplikasi 'Bigo Live' yang berbentuk 'live streaming' itu semakin menarik perhatian dalam kalangan pengguna media sosial kerana fungsinya yang membolehkan pengguna berkomunikasI secara langsung seperti berkenalan dengan rakan baharu atau meluaskan perniagaan mereka.

"Apa yang menyedihkan ialah selalunya pengguna media sosial sering menyalahgunakan 'Bigo Live' yang bertujuan menjatuhkan moral dan dikhuatiri boleh mengundang masalah sosial yang teruk pada masa akan datang," penonton aplikasi itu begitu ghairah memberi 'hadiah' kepada pemilik akaun 'Bigo Live' yang dengan mudah menayangkan 'aset' mereka, termasuklah aset yang tidak sesuai untuk ditayangkan.

"Yang semakin membimbangkan apabila ada kalangan mereka memberi komen lucah dan mahukan lebih daripada apa yang ditayangkan dan perkara ini mengundang ketagihan kepada pengguna dan akhirnya menjebakkan diri kepada perkara tidak sihat,".

Aplikasi 'Bigo Live' yang dibangunkan syarikat dari Singapura mempunyai pengikut terutamanya dari negara Malaysia, Indonesia, Vietnam, Thailand dan Filipina itu, memberi pendapatan kepada pemilik akaun menerusi 'hadiah' yang diterima sepanjang waktu siaran langsung itu

Teknik pemasaran seperti itu menarik minat pengguna aplikasi itu untuk mendapatkan seberapa banyak 'hadiah' daripada penonton.

No comments:

Post a Comment

telatah anak buah dengan bapa sedara.

ini lah dia tiap-tiap hari mereka macam ni, jumpa nak bergurau, nak menyakat, nak merajuk, hahaaha... boleh runtuh rumah kalau ada sepuluh ...