Sunday, 13 April 2014

itam, putih dan chomot

Salam, hai semua.. korang ingat lagi tak cerita aku selamatkan anak-anak kucing yang tiada ibu. mereka sekarang da besar dah.. sangat mencabar membesarkan mereka tanpa ibu.. alhamdulillah kini sihat dan semakin comel...
 ini hitam... kucing betina yang paling nakal dan sangat aktif dulu aku pernah terpijak itam hampir patah leher dia.... situasi yang sangat menakutkan apabila dia diambang maut... sekarang ni dia ada masalah penglihatan dan mungkin ada tak betul sikit..


 Yang ini chomot, dia ni sangat friendly, sangat manja yang paling setia dan penyayang. bila aku balik kerja atau tengah melepak rehat, dia selalu ada main-main disisi aku

yang ini putih aka gemuk.. dia ni kuat makan.. tak suka dipegang.. suka main bersendirian, suka sakat sibing dia yang lain.. mereka semua buat hati aku tenang dan gembira.. kehadiran mereka sangat bermakna untuk aku..

Sunday, 6 April 2014

Seronoknya keluar bersama ke KLCC

 hahaha.. ni pula cerita kami berjalan-jalan ke KLCC... seronok sangat sebab kami ni macam sakai dari hutan ke bandar.... kakakaa... gelak sakan kami.... tu tengok lobang hidung sebelah jer nampak gara-gara selfie muka aku tak nampak sebab aku driving.. hehehe....
cerita asalnya kami temankan chef zam pergi ke colombia clinic kat kl, so amek kesempatan cuti bersama. bangun seawal pagi.. huh aku mengantuk gila sampai kena migrain...
walaupun selalu gaduh dan tak sependapat tapi posing ambil gambar tetap juga kami senyum, sebab tahap sengal tu sama jer.. hhahaha....
 eka & the gang.. amacam rare tak?
eka & emi, yang ni boleh dapat like terbanyak tak?
 aku, ira & marilyn manroe.. hahahaaa..
 perangai kami tak berubah.. tetap macam budak-budak
 model line brown & connie.. hahahaa...
 yang ni sesuai jadi model apa ye????
 aku doakan mereka bahagia hingga ke jannah
kami selfie di KLCC
aku dan transformers tak dapat dipisahkan.. i love transformers

Saturday, 1 March 2014

indahnya Putrajaya di malam hari

 gembira tak terkata dapat tengok cahaya di malam hari dengan merasa kesayupan angin sepoi-sepoi bahasa..
 terpegun aku melihat masjid ini yang strukturnya hampir keseluruhannya dari steel.




 PICC di malam hari

 cahaya ini buat aku terpesona meihat keindahan putrajaya


seronok tau kerja macam ni.. santai sahaja. korang tak teringin ker....

Putrajaya berjerebu dan panas

 hurmmm... ini la permandangan dari Putrajaya cruise.. keadaan di putrajaya berjerebu dan panas....




gambaran PICC dari atas kapal Putrajaya cruise.. semoga keadaan ini akan reda tak ama lagi. aku pun jadi tak sihat.

Friday, 21 February 2014

putrajaya cruise (SUK KEDAH)

kali ni kerja lain sikit atas kapal ni... style buffet.. bergoyang-goyang dibuai mengikut alunan tasik putrajaya..  kat mana-mana pun orang mesti nak makan.. 



aku macam biasa la.. kerja kat mana pun aku pergi aku gembira sahaja..

semalam hujan masa tengah setting food kat dalam kapal, alhamdulillah rasa gembira kerana dah lama tak hujan... melimpah ruah rezeki melimpah seolah-olah terasa diberkati.




 comel tak aku, makin gemok dan besar badan aku... hahahaha...




 pemandangan dari kapal, jambatan putrajaya

wajah putrajaya disenjakala

Monday, 17 February 2014

Vampire Academy

Semalam punya cerita. dalam tak ada hati nak tengok wayang, layan la jugak.. hehehee.. akhirnya terjebak nak tengok cerita ni...
Filem ini  arahan Mark Waters mengisahkan Rose Hathaway yang merupakan seorang dhampir iaitu separuh manusia, separuh pontianak dilatih untuk menjadi penjaga di Akademi St. Vladimir bersama orang lain sepertinya. Terdapat Pontianak baik dan juga jahat dalam dunia mereka. Moroi adalah pontianak yang hidup secara aman bersama manusia dan hanya mengambil darah daripada penderma serta mempunyai keupayaan untuk mengawal salah satu daripada empat elemen iaitu air, bumi, api dan udara. Manakala Strigoi, pontianak yang membunuh untuk menghisap darah manusia. Rose dan penjaga dhamir yang lain ditugaskan untuk melindungi Moroi dan membunuh Strigoi. Bersama sahabat baiknya, Puteri Vasilisa Dragomir, Rose perlu melarikan diri untuk melindungi Lissa daripada bahaya.



nak tahu lebih lanjut g la tengok sendiri... hahahahaaa... best juga..

telatah anak buah dengan bapa sedara.

ini lah dia tiap-tiap hari mereka macam ni, jumpa nak bergurau, nak menyakat, nak merajuk, hahaaha... boleh runtuh rumah kalau ada sepuluh ...