Saturday, 18 August 2018

kenduri kahwin ayong. tahniah yong

Aku pergi jemputan ke majlis kenduri kahwin kawan baik di Alai melaka. tahniah ayong aka nor isfadillah.. yeay da jadi bini orang kawan aku ni. semoga bahagia selalu bersama pasangan pilihannya hingga ke jannah. 

bergambar bersama sahabat dari kem tasik biru masing-masing dah berkahwin dan ada anak tapi perangai masih juga macam dulu masa remaja, asal berjumpa nak menyakat, nak bergusti, yang penting masing-masing happy go lucky..


cun wei dak yong


ambil position nak bergambar kelakar masa nak bergambar pon boleh bergurau


Friday, 17 August 2018

mr steak house melaka

Mama aku pernah cakap teringin western food di mr steak house, mama kata dia tengok kat facebook ramai yang komen makan kat mr steak house sedap dan best. jadi aku dan adik bongsu rancang untuk bawa mama makan di situ. sekali sekala kan bawa mama makan diluar. 




tentu sekali mama gembira anak-anak ajak makan ditempat yang di inginkan. kami order dan tanpa buang masa kami makan. aku yang cerewet tapi aku tak banyak cakap, makanan ok la rasa biasa-biasa sahaja tiada luar biasa. sos cili pula basi, ipar aku pon cakap sos cili basi. aku tengok makan pon aku da tahu dia tak nak cakap sebab da tahu tak best. sorrry mama we dont know this.


  





ok kat sini aku nak minta maaf sebelum korang baca komen aku, sebenarnya makanan di mr steak house cawangan melaka ni kurang sedap. pada aku sekali ni je la aku makan sebab tak kena dengan tekak aku. sebelum ni aku pernah makan di mr steak house cawangan sri kembangan,masa tu boleh tahan sedap. maaf kat sini bukan nak jatuhkan sesiapa. dengan harapan jika ada pihak mr steak house cawangan melaka ni perbaiki mutu dan kualiti rasa makanan mereka. 

telatah anak buah dengan bapa sedara.

ini lah dia tiap-tiap hari mereka macam ni, jumpa nak bergurau, nak menyakat, nak merajuk, hahaaha... boleh runtuh rumah kalau ada sepuluh ...