Saturday, 8 September 2018

telatah anak buah dengan bapa sedara.

ini lah dia tiap-tiap hari mereka macam ni, jumpa nak bergurau, nak menyakat, nak merajuk, hahaaha... boleh runtuh rumah kalau ada sepuluh orang macam mereka ni. semenjak suami aku kemalangan patah kaki dia, aku perasan suami aku bosan. kebetulan adik aku duduk dekat je dengan rumah kami, adik aku selalu bawa anak dia datang rumah kami. si pidin ni memang rapat dengan kami. suami aku rajin la melayan si pidin ni main-main dirumah kami.



korang layan je tengok video ni. kegiatan harian mereka 

dapat tengok bajak suka la si pidin, pak long nye pon melayan jer



ini dapat tengok game memancing, minat mereka sama aje. apa-apa pun yang penting mereka happy.

Monday, 3 September 2018

keadaan suami aku selepas kemalangan

Nampak tak wajah suami aku. senyum sahaja. sebab dia dah terima keadaan dia patah kaki. walaupun serba kekurangan tapi aku tetap sokong suami aku supaya dia kuat. suami aku sebenarnya adalah seorang OKU masalah pembelajaran. dia tidak tahu membaca dan menulis. aku bersyukur kerana dapat mengenali dan hidup bersama suami ku. kekurangan dia adalah sesuatu yang membuatkan aku sedar di dunia ini ramai lagi manusia seperti dia memerlukan orang lain untuk bergantung hidup.

 kami di klinik ortopedik hospital melaka untuk pemeriksaan susulan pada 31 july

Di klinik ortopedik hospital melaka untuk pemeriksaan susulan pada 29 ogos 2018

senyuman demi senyuman, moga kau kuat dan tinggi semangat juang kau untuk pulih wahai suami

Sunday, 2 September 2018

jalan-jalan cari snek minum petang

ini cerita selepas kami pergi ke kenduri kahwin sahabat baik ku nor isfadilla.. balik dari  beli barang keperluan dapur di mydin jasin kami nak balik ke merlimau terjumpa kedai makan yang ada abc (air batu campur)

senyuman pidin pudin disebalik ABC

 comel kan gaya si pidin pudin

milo ais kepal

 ABC(air batu campur) giant dan ABC jumbo

 bihun sup

video si pidin pudin tengok arnab


seronok sebenarnya melayan kerenah anak buah aku ni. umur da 2 tahun.dia selalu ada dirumah aku. kadang-kadang kalau aku nak keluar beli barang keperluan rumah aku tumpang sekali naik kereta adik aku. belum pernah berenggang lagi dengan si pidin pudin. kalau korang nak tengok banyak lagi kerenah anak buahaku ni pergi ke facebook page rizam and pudin pidin https://www.facebook.com/RizamPidinpudin

suami aku mc 56 hari

wow! suami aku dapat mc lama 2 bulan tu.. berkrik-krik la kami, tak tahu aktiviti apa nak buat.  takpe nanti rancang. alhamdulillah.. doktor kata ada tulang da mula tumbuh, cuma suami aku tak dapat bengkokkan bahagian lutut, ketat kata nye. mana tak nye.. lutut dia ada banyak skrew. 




     





    
Semoga suami ku cepat pulih dan sihat seperti sediakala. Ini lah nama nye dugaan. Aku selalu cakap dengan suami aku, walaupun kita sakit teruk, kita susah, kita down, make sure kita kena terus kan hidup, kena enjoy our life. Sebab hidup ni hanya sekali sahaja. Buat apa kita nak jadi pemarah, perengus itu membuang masa kita. 

kaki suami aku ada banyak stepler

Ini lah dia keadaan tempat luka di kaki suami aku yang menggunakan kaedah stepler semasa pembedahan. suami aku menjalani 2 pembedahan. pembedahan pertama pada  24 jun 2018, pembedahan kedua pada 2 julai 2018.

Pembedahan pertama dilakukan kerana untuk membersihkan luka-luka dan tulang-tulang yang hancur serta membetulkan membetulkan tulang lutut (skrew bahagian yang patah supaya tulang bercantum balik).

 ini bahagian lutut bercantum dengan bahagian atas lutut.

 ini gambaran bahagian tepi

bahagian ini dibuka untuk masukkan besi khas untuk sokong bahagian paha.


aku tahu betapa sakit nya patah kaki ini sebab aku ada pengalaman patah kaki pada tahun 2004 dekat 15 tahun dulu. moga suami aku kuat semangat, mungkin suami aku terasa susah sebab ini pengalaman baru untuk dia.

Saturday, 1 September 2018

Jom hilangkan bosan

kebetulan adik aku ajak memancing. lama sangat kami tak pergi memancing, jadi kami pergi memancing konon nye supaya suami aku tak bosan. lama juga dia cuti sebab tak elok lagi dari patah kaki.



sambil memancing sambil termenung, mungkin suami aku sedng mengenang nasib agak nya. 

 ini pidin yang comel nak jugak beria-ria nak memancing jugak.

adik aku dan suaminya dapat ikan

nampak tak keluarga bahagiakan mereka, semoga mereka sentiasa bahagia dan dilimpahi rezeki yang melimpah ruah

Suami aku kemalangan

Sedih aku di pagi hari terima panggilan pada jam 7.00 pagi yang mengatakan suami aku kemalangan dan berada di hospital melaka. Pada 24 jun 2018 jam 6.00 pagi hari ahad suami aku sedang dalam perjalanan balik dari tempat kerja. Tapi malangnya suami aku terlibat dalam kemalangan. Dalam hati tak putus-putus berdoa agar tiada apa yang terjadi.

Aku bersiap secepat mungkin dan pergi ke rumah adik bongsu dan juga ke rumah orang tua aku. Tak jauh dekat je. Aku maklumkan mereka berita kemalangan suami aku. Mereka ikut aku ke hospital. Semasa dalam perjalanan tu kami memang lalu di kawasan kemalangan di telok mas melaka. Memang sah ada motor suami aku dengan sebuah lagi motor skuter merah. Masa tu memang tidak terfikir nak ambil gambar tempat kejadian dan motor yang terlibat. sudah jatuh ditimpa tangga, pihak satu lagi iaitu orang yang terlibat dalam kemalangan dengan suami aku tidak membuat laporan polis dan mendiamkan diri begitu sahaja. kami cuba sedaya upaya mencari tapi nasib tidak menyebelahi kami. kesian suami aku tidak dapat claim insurans dan kami tidak tahu macam mana nak mohon bantuan, kami tidak tahu siapa yang boleh bantu kami. adik bongsu aku ada cuba viralkan tentng kemalangan ini di facebook geng viral melaka tetapi tiada yang tampil membantu. (https://www.facebook.com/groups/1129221420455314/search/?query=rizam%20kemalangan)

jika ada sesiapa yang tahu tentang kejadian di telok mas melaka berhampiran dengan sekolah rendah telok mas dan stesyen minyak BHP pada jam 6.30pagi, sila hubungi aku 0126310185. nak minta tolong sangat-sangat pihak satu lagi buat laporan polis tentang kemalangan dihari kejadian tersebut, kami tidak akan marah atau tidak akan apa-apa kan awak, kami hanya nak nasib kami terbela. terkesan sungguh kehidupan kami dengan kemalangan ini sebab aku bergantung dengan suami aku, aku tidak berkerja. sejak suami aku kemalangan terasa perit dan susah dengan kenderaan tiada untuk urusan hal ulang alik ke hospital untuk rawatan dan fisioterapi, soal kewangan memang punca utama, nak bayar sewa rumah, bil-bil utiliti, nak makan pun susah terpaksa berjimat. syukur suami aku masih hidup. 

tulang lutut pecah dan tulang paha hancur di bahagian atas lutut.

screenshot dari group whatsapp kawan suami aku yang ada membantu semasa kejadian.

keadaan kaki suami aku sebelum di bedah

keadaan kaki suami ku selepas di bedah. digantung air supaya tulang lutut dapat ditegakkan sebelum dibedah kali kedua.

tertidur selepas mengadu sakit pada aku, sebelum dibedah kali kedua

ruangan dewan bedah. aku menunggu lama disitu. dalam 4jam

suami ku di tolak ke dewan bedah

keadaan suami aku semasa makan ubat tahan sakit, mengadu sentiasa sakit kepala dan muntah-muntah, doktorarahkan buat scan rupanya ada darah beku dikepala, Allahuakbar.

aku sentiasa sarungkan suami ku stokin supaya kaki nye tidak terlalu sejuk.

ini kisah suami ku pada 24 jun 2018

telatah anak buah dengan bapa sedara.

ini lah dia tiap-tiap hari mereka macam ni, jumpa nak bergurau, nak menyakat, nak merajuk, hahaaha... boleh runtuh rumah kalau ada sepuluh ...