Sedih aku di pagi hari terima panggilan pada jam 7.00 pagi yang mengatakan suami aku kemalangan dan berada di hospital melaka. Pada 24 jun 2018 jam 6.00 pagi hari ahad suami aku sedang dalam perjalanan balik dari tempat kerja. Tapi malangnya suami aku terlibat dalam kemalangan. Dalam hati tak putus-putus berdoa agar tiada apa yang terjadi.
Aku bersiap secepat mungkin dan pergi ke rumah adik bongsu dan juga ke rumah orang tua aku. Tak jauh dekat je. Aku maklumkan mereka berita kemalangan suami aku. Mereka ikut aku ke hospital. Semasa dalam perjalanan tu kami memang lalu di kawasan kemalangan di telok mas melaka. Memang sah ada motor suami aku dengan sebuah lagi motor skuter merah. Masa tu memang tidak terfikir nak ambil gambar tempat kejadian dan motor yang terlibat. sudah jatuh ditimpa tangga, pihak satu lagi iaitu orang yang terlibat dalam kemalangan dengan suami aku tidak membuat laporan polis dan mendiamkan diri begitu sahaja. kami cuba sedaya upaya mencari tapi nasib tidak menyebelahi kami. kesian suami aku tidak dapat claim insurans dan kami tidak tahu macam mana nak mohon bantuan, kami tidak tahu siapa yang boleh bantu kami. adik bongsu aku ada cuba viralkan tentng kemalangan ini di facebook geng viral melaka tetapi tiada yang tampil membantu. (https://www.facebook.com/groups/1129221420455314/search/?query=rizam%20kemalangan)
jika ada sesiapa yang tahu tentang kejadian di telok mas melaka berhampiran dengan sekolah rendah telok mas dan stesyen minyak BHP pada jam 6.30pagi, sila hubungi aku 0126310185. nak minta tolong sangat-sangat pihak satu lagi buat laporan polis tentang kemalangan dihari kejadian tersebut, kami tidak akan marah atau tidak akan apa-apa kan awak, kami hanya nak nasib kami terbela. terkesan sungguh kehidupan kami dengan kemalangan ini sebab aku bergantung dengan suami aku, aku tidak berkerja. sejak suami aku kemalangan terasa perit dan susah dengan kenderaan tiada untuk urusan hal ulang alik ke hospital untuk rawatan dan fisioterapi, soal kewangan memang punca utama, nak bayar sewa rumah, bil-bil utiliti, nak makan pun susah terpaksa berjimat. syukur suami aku masih hidup.

tulang lutut pecah dan tulang paha hancur di bahagian atas lutut.
screenshot dari group whatsapp kawan suami aku yang ada membantu semasa kejadian.
keadaan kaki suami aku sebelum di bedah
keadaan kaki suami ku selepas di bedah. digantung air supaya tulang lutut dapat ditegakkan sebelum dibedah kali kedua.
tertidur selepas mengadu sakit pada aku, sebelum dibedah kali kedua
ruangan dewan bedah. aku menunggu lama disitu. dalam 4jam
suami ku di tolak ke dewan bedah
keadaan suami aku semasa makan ubat tahan sakit, mengadu sentiasa sakit kepala dan muntah-muntah, doktorarahkan buat scan rupanya ada darah beku dikepala, Allahuakbar.
aku sentiasa sarungkan suami ku stokin supaya kaki nye tidak terlalu sejuk.
ini kisah suami ku pada 24 jun 2018
No comments:
Post a Comment