Wednesday, 11 December 2013

Semuanya nak naik!!

Dalam keadaan sekarang ini TNB menaikan kadar elektrik, bebanan rakyat makin tinggi. sepatutnya Kerajaan perlu peka kesusahan yang ditanggung Rakyat, Keadaan ini sangat menyusahkan.media masa beri tahu keuntungan TNB ini berbilion Ringgit,bijak ke kerajaan yang kita pilih ini, macam mana kita nak elak sedangkan Eletrik ini adalah keperluan bagi semua Rakyat. 

Kebelakangan ini kenaikan keperluan harian meningkat, PENDAPATAN seisi rumah masih lagi pada takuk yang sama. KURANG CERDIK nya mereka menaikkan harga  keperluan-keperluan asas. harga MINYAK naik sedangkan Malaysia adalah negara pengeuar minyak, Petronas tu kan Malaysia nye perusahaan.

Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)  pula akan dilaksanakan pada 2015. makin tersepit dan dihimpit tekanan emosi pula makin teruk.. fikir-fikirkan lah rakyat malaysia, apa yang patut kita buat untuk menambah pendapatan untuk menanggung kos-kos yang semakin naik melambung-lambung tinggi....



No comments:

Post a Comment

telatah anak buah dengan bapa sedara.

ini lah dia tiap-tiap hari mereka macam ni, jumpa nak bergurau, nak menyakat, nak merajuk, hahaaha... boleh runtuh rumah kalau ada sepuluh ...