Pagi tadi, mayat anak Jamali, Megat Nazri, 17, ditemui di tali air Taman Guru iaitu dua kilometer dari lokasi kejadian pada jam 9.30 pagi. Dalam kejadian 7.30 malam pada Rabu, dua beranak itu dikhuatiri lemas ketika memindahkan barang ke bot. Jamali dan Megat Nazri dipercayai terjatuh ke dalam arus deras selepas bot itu terbalik dipercayai melanggar arus pusaran air. Md Sohaimi berkata kini mayat Jamali sedang dibedah siasat di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan dan akan dimandikan di hospital berkenaan.
Katanya, mayat dua beranak itu akan dibawa pulang ke Pekan sebelum dikebumikan dalam satu lahad hari ini juga.
Banjir melanda negeri Pahang, Terengganu dan Johor dan dikatakan diantara yang terburuk.Sementara Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyeru kerajaan agar dapat mengisytiharkan kawasan Kuantan, Pahang dan daerah Kemaman, Terengganu sebagai “kawasan bencana” akibat dilanda banjir yang terburuk dalam sejarah kedua-dua negeri berkenaan.
Menurut Abdul Hadi, pengisytiharan kawasan bencana ini adalah perlu kerana ia membolehkan proses menyelamatkan nyawa penduduk dan penghantaran bekalan.
Katanya penghantaran makanan, pakaian, air bersih terutamanya dapat dilakukan dengan kadar segera tanpa kerenah birokrasi, dan bencana banjir ini diangkat sebagai perkara yang sangat perlu disegerakan penyelesaiannya di peringkat nasional. – 6 Disember, 2013.
Sumber dari #The Malaysian Insider.# Al Fatihah....
No comments:
Post a Comment