3 minggu yang lepas.. kawan serumah mula mencari pasal atas alasan tidak berpuas hati pada aku. kan bagus kalau dia berterus-terang yang dia dah tak mampu nak bayar sewa rumah.. masa mula-mula dulu aku dan housemate aku kesian kat dia ni tergesa-gesa cari bilik sewa.. kebetulan kat rumah ade bilik kosong. housemate aku ni hati dia sangat lah mulia. dia pun tawarkan kawan aku ni bilik kosong. so kawan aku dan housemate aku ni deal la untuk bilik tu.. yang aku pelik kawan aku ni tergesa-gesa sangat..
hurm tak kesah la.. aku pun tak berapa kenal la sangat kawan aku ni sebab dia baru jer kerja beberapa hari kat tempat kerja aku... aku bengang sangat dia baru masuk je rumah aku beberapa aku da tak selesa, mana taknye merokok depan kami.. dah la aku dan housemate aku semput.. hurmm... aku diam jer la.. harap harap dia faham sendiri.. sebab kami da bincang awal awal syarat menyewa rumah...
selepas tiga minggu dia duduk serumah, kami da mula rimas dengan dia ni.. tandas berbau hancing sebab dia merokok pastu tandas tak basuh bersih.. rumah pula dah melampau bau busuknya kerana bau asap rokok .. sampah tak buang.. makanan basi tak buang... sampah berulat tak ambil tahu.. dan macam macam lagi..
aku la mengemas rumah.. makin lama makin biadap, buka radio kuat-kuat dalam bilik, orang letih baru nak tidur dah terganggu pula.. keluar masuk bilik suka sangat dia hempas pintu..kenapa susah sangat dia nak menghormati kami.. aku pun mula tegur. baru tegur da mantul. aku kena balik.. dia mula la marah aku. aku pun tak tahu nak cakap apa, housemate aku bincang la dengan dia.. rupannya dorang bergaduh dalam sms.. aku pun tak nak kata apa lagi..jadi kami buat keputusan supaya kawan aku kena ni cari bilik sewa baru.. kami da tak selesa sangat dengan kerenah orang yang tak hormat orang lain
dia da dapat cari rumah sewa. so dia pindah.. tanpa pengetahuan aku housemate aku bayar dia untuk keluar dari rumah tu kerana kami dah tak tahan dengan dia... aduhai.. entah la.. moga dia belajar sesuatu pada masa akan datang.. pelajaran dalam cerita ni, hormatlah orang, jaga perasaan orang, perempuan sepatutnya lemah lembut dan bersopan.. moga masa akan datang aku berjaya mendidik anak perempuan, supaya tidak biadap..
No comments:
Post a Comment