Monday, 30 December 2013

Apakah?


 Haaaaa.... apa yang anda semua nampak perbezaan dan apa yang tersurat dan tersirat dalam gambar ini... cuba tetliti dan fahami.. bagi comment dengan jujur...

Friday, 27 December 2013

Cahaya Hidayah, alhamdulillah...

Alhamdulillah... 

gembira hati aku berganda hari ini.. ipar aku tulis status begini...

(""..mimpi aneh tp penuh makna..adakah sbb hati ku t'lalu ssh sbb be2rapa masalah..'mimpi aku sembahyang subuh..azan btl2 bunyi dekat dgn telinga, terus aku bgn..ambik wuduk dan hanya b'doa sbb sejujur, aku x reti lg nk solat sorang2'..insyaallah akan ku cuba""")

 Ipar aku sedara baru islam, mungkin cahaya hidayah allah beri kepada dia... dari awal perkahwinan mereka susah, semua ini berlaku kerana adik ku salah memilih jalan hidupnya.. bukan salah dia, tetapi ini pengalaman yang mematangkan seseorang dalam mempelajari erti hidup. 

Aku kesian pada adik aku dan isteri bergelut menyelesaikan masalah bebanan hutang... anak yang pertama meninggal. mama terlalu sedih kerana sayang cucu... sekarang mereka ada 3 puteri yang cantik, tapi mama dan ayah kami jaga.

Aku sangat berharap mereka tidak terpisah lagi. moga Allah memberi ruang dan peluang untuk mereka merasai nikmat hidup selesa pada masa akan datang... moga mereka belajar dari kesilapan yang lalu... sekarang ini adik aku menderita sakit... mungkin Allah menduga dia, siapa tahu akan datang keadaan akan berubah menjadi lebih baik...insyaallah. aku sentiasa berdoa moga mereka akan lebih tenang dan bahagia

Aku berharap sangat tiada pengaruh atau anasir dari manusia yang mengaku islam tetapi jahil mengajar dia dengan  berkata 'tak apa' nanti boleh buat... semoga dia dapat cari guru yang baik dan ikhlas mengajar supaya berkat ilmunya..

mari sama-sama kita doakan mereka semoga dipermudahkan belajar agama islam dengan lebih dalam lagi... semoga mohd faisal bin abdullah dan nurfaizah misor bt abdullah kekal bahagia hingga kesyurga, rezeki yang melimpah ruah, gembira, sihat dan selamat dalam lindungan Allah..


Segarnya... Alhamdulillah...

Assalamualaikum.. selamat pagi para sahabat.... aku bangun pagi ini terasa segar macam masa kanak-kanak dulu... buka jendela tengok keadaan luar, amat menyenangkan hati... terasa lapang jer dada pagi ini.... 

semoga ketenangan ini kesegaran dan ketenangan ini berkekalan... mau tak nye kebelakangan ini banyak masalah yang mengusutkan kepala... alhamdulillah.. hari ini ALLAH beri aku peluang menikmati rasa ketenangan itu kembali... pagi-pagi da berpeluang membantu kesusahan orang, melihat senyuman...   syukur...

Tuesday, 24 December 2013

"Paku"


Ini la cerita wayang yang aku tengok semalam, hahahaa... orang kata seram, aku kata lawak.. hahahaha... aku siap ketawa gelak dalam panggung.... baik aku tengok tv jer. macam cerita drama... hahahaa.. ok... ni kisahnye...

Cerita Filem "Paku" ini  mengisahkan Fahmi yang sanggup buat apa saja untuk mendapatkan kembali isterinya Rania yang meninggal dunia selepas kejadian Highland Tower. fahmi tidak dapat terima kenyataan bini dia da mati, menyebabkan fahmi meminta bantuan bomoh untuk menghidupkan kembali isterinya dengan menusuk tengkuk jenazah Rania dengan paku. 

Yang aku bengang patut ke cerita melayu selit adegan ranjang, perlukah!! macam terdesak sangat buat cerita ni.. hantu lak pergi balas dendam suami kena santau... huh!!  melalut kelaut... penat jer korang wat cerita gini.. kesian

Filem ini telah diarahkan oleh P. Rameesh dan membariskan pelakon seperti Johan As'ari, Aishah Ilias, Diana Johor, Azad Jazmin, Kamal Adli, Diddy Hirdy dan ramai lagi.

selebihnya  korang tengok sendiri okey...

Monday, 23 December 2013

Anak kucing

Isnin minggu lepas aku demam teruk, masa tu da janji dengan customer nak hantar baju t shirt polo by post... so janji mesti ditepati.... aku bangun bersiap awal pagi untuk ke pejabat pos... huuhuuu... ramai nya orang... so aku pun menunggu giliran.. lama juga sebab kat pejabat pos hanya ada 2 orang sahaja yang bekerja di kaunter khidmat pelanggan. demam macam ni mana la nak daya nye menunggu.... tapi aku tetap menunggu sebab aku mesti hantar juga baju tu... 

Alhamdulillah selama 1 jam setengah sampai giliran aku... hahaha... lega tugas da selesai... perot lak lapar, dok fikir nak masak da tak larat, alang-alang dah ada kat luar ni beli je la nasi bungkus...  selesai je beli nasi so aku pun balik, dalam perjalanan balik aku pun pelik nape aku ikut jalan lain ni... tetiba aku dengar suara anak kucing nyaring mengiau... aduhai.... menangis aku... (time demam jiwa tu lembut sikit hehehehee.) orang buang anak kucing letak kat tempat panas....huh!!! aku kena bahang matahari dah mengeluh, inikan pula anak kucing. 


pilunya hati aku, aku tunggu ibu kucing dekat 1 jam tak muncul-muncul, orang yang niaga goreng pisang kat situ cakap ngan aku, "ambil la anak kucing tu, lapar agaknya... orang buang tu..." alahai... bertambah la sedih aku, aku nekad ambil anak kucing ni bawa balik rumah.... aku duduk kondo, tak boleh bela haiwan peliharaan nanti kena saman, so aku sorok anak kucing dalam beg dan bawa masuk rumah..... 



hahahaha.... tetiba aku kusut, tertanya-tanya sendiri, macam mana nak bagi kucing ni susu? aku bagi susu manis. alangkah tak bijaknya aku... aku fikir lagi mana nak cari kedai jual susu kucing ni? kat dengkil ni langsung tak nampak pet shop atau klinik veteriner... hurm... ngeluh aku sorang-sorang dalam kebingungan... alhamdulillah panjang akal juga aku ni, baru teringat kat presint 15 ade pet shop dan klinik veteriner.... berdesup laju aku bawa moto, mana taknye... anak-anak kucing tu kelaparan.. hehehe... syukur anak kucing semua da tak kelaparan lagi.. yahooo... seronok dapat juga aku bela anak kucing...harap ibu kucing tak sedih.. anak kamu semua sihat dalam tangan aku..

kepada orang yang buang kucing korang kena sedar, kita juga menumpang di bumi Allah bersama juga dengan mahluk lain, jangan nak shortcut sangat la ye.. ko letak anak kucing kat tempat panas seolah-olah ko nak bunuh kucing tu.. sendiri mau ingat, jangan suka selfish.... nanti kat akhirat sana ko duduk kat tempat panas macam ko buat anak kucing ni.... 


 

cantik tak anak-anak kucing ni... da gemok dah...hhahahaaa.... alhamdulillah.. terima kasih ALLAH. kalau korang nak tahu dulu masa di melaka aku selalu amek kucing-kucing jalanan bawa balik rumah dan bela mereka terutama yang cedera...sampai orang hina aku kerana orang tak suka pada kucing yang banyak dalam rumah..aku redha... teringat pada mick, kucing yang aku bela hampir tujuh tahun, tapi akhirnya hilang begitu sahaja.... betapa sedihnya aku kerana kucing itu sangat istimewa.... moga mick di syurga... 
rindu mick hanya tinggal kenangan
ini JL, sebab suka jelir lidah n suka nyorok


mick suka naik van

nama dia JJ anak kepada mick 

ini pea cheng aka ong pek seng, jumpa kat tong sampah area kat kubur cina duyong melaka 


banyak lagi gambar kucing cuma ini je yang sempat upload....

Awek cun bawah umur 18tahun

semalam aku ngan member jenjalan kat alamanda putrajaya, kawan kata jom tengok 47 ronin. huhu.. seronok la kan... so nak beli tiket tapi penuh da... urm.... tak jadi tengok wayang.... tetiba ada 3 orang awek cun datang, salah sorang cakap gini "awak nak beli tiket tak? aku tanya balik tengok citer ape ye? hurm.. citer paku. so aku pun kata tak nak tengok citer melayu sorry ye.... so dorang tak putus asa dorang pergi tanya kawan aku kat tempat tiket, abg tolong beli tiket ni citer paku, kawan aku kata hurmm taknak la awak..." then awek-awek tadi masih menunggu dan tanya orang lain disekitar mereka....

aku ngan kawan aku pun dok bincang nak lepak mana sebab nak tengok wayang tak jadik... then tetiba kawan aku pujuk aku tengok citer paku. member aku kesian tengok awek-awek tadi. so aku pun pergi kat awek tu dan beli tiket kat dorang. ish.... gembiranya mereka... aku tanya la kenapa tak tengok citer tu, awek tu kata, ni ha kawan saya tak leh masuk pulak sebab tak cukup umur.... hahahaha dorang gelak... urmmm... ye la dik takpe akak beli tiket korang yer... sian korang... then awek-awek tadi ucap terima kasih kat kami.. aku bukan tak nak tengok citer melayu kat wayang, aku cuma kurang nak tengok citer pelik-pelik yang orang kata citer seram ni.....

 hahaha... lawak la awek-awek cun ni... citer ni kena umur 18 tahun keatas yang dorang tak cek dulu kad pengenalan nape? kan da membazir... yang brother jual tiket kat kaunter pun tak bagi tau atau semak kad pengenalan dulu ker? tak tahu lah nak kata apa. tak tahu siapa yang salah kat sini.... apa yang penting awek-awek tu memang cun dan comel... hahahaha...


Sunday, 22 December 2013

The Hobbit: The Desolation of Smaug

Dalam cerita ini Gandalf memujuk Thorin Oakenshield untuk mendapatkan Arkenstone untuk menyatukan orang kerdil, dan mencadangkan bahawa pencuri  mungkin diperlukan untuk mencuri permata dari Smaug .

Satu tahun kemudian, Thorin dan kumpulannya sedang dikejar oleh Azog dan Orc Carrock berikut peristiwa filem sebelumnya. Selepas Bilbo memberitahu kumpulan yang beruang juga menjejaki mereka , Gandalf pemandu arah mereka bersama-sama ke rumah yang berdekatan untuk mendapatkan bantuan Beorn adalah beruang jadian itu. Pada malam itu, Azog dipanggil untuk Dol Guldur dan mengarahkan anaknya Bolg untuk mengambil alih memburu Thorin . Pada hari berikutnya, Mirkwood mana Gandalf mendapati Black grafiti Ucapan dicetak pada kehancuran lama, dan tiba-tiba pergi tanpa penjelasan. Beliau mengingatkan mereka untuk kekal di jalan dan menunggu dia sebelum memasuki Gunung Lonely . Walau bagaimanapun, tersesat dan ditangkap oleh Giant Spiders . Bilbo , dengan bantuan Ring, membebaskan orang kerdil , yang menyebabkan dia menjatuhkan cincin ; Bilbo mula  terpengaruh merosakkan ia telah pada beliau selepas kejam membunuh labah-labah untuk mendapatkannya.

Pada masa yang sama, Elves tiba , yang diketuai oleh Legolas dan Tauriel . Mereka kemudiannya dipenjarakan berikutan perbalahan dengan Elvenking Thranduil , hanya untuk dimasukkan ke dalam ke dalam tong wain kosong yang dihantar oleh Bilbo hiliran , yang telah dielak tangkap. Walaupun sedang diusahakan oleh Elves , mereka diserang hendap oleh Bolg dan parti Orc dan huru-hara yang berikutnya Ngablak tercedera . Thranduil anjing laut di luar kerajaannya apabila beliau mendapat tahu bahawa entiti yang jahat telah kembali dan mengumpul kuasa besar di selatan, manakala Legolas dan Tauriel meninggalkan untuk membantu orang kerdil . Sementara itu, Gandalf bertemu dengan Radagast untuk menyiasat makam Nazgûl , yang terdapat kosong.

kumpulan itu kemudiannya diseludup ke Esgaroth oleh Bard , di mana keturunan Dale kini tinggal. Thorin menjanjikan  Lake- bandar dan rakyatnya bahagian harta gunung , dan menerima selamat tinggal besar. Walau bagaimanapun, cedera terpaksa tinggal di belakang , cenderung dengan, Fili , dan Bofur , ia juga mendedahkan bahawa Bard adalah keturunan penguasa terakhir Dale, dan mempunyai anak panah hitam terakhir mampu mengalahkan Smaug . Sementara itu, Gandalf kembali ke Dol Guldur di selatan, manakala Radagast dihantar untuk memberi amaran kepada Galadriel penemuan mereka di dalam kubur. Beliau mendapati runtuhan dipenuhi dengan Orcs dan kemudiannya diserang oleh Azog . Ketika cuba untuk melarikan diri, ahli nujum yang mendedahkan dirinya dan pertarungan yang meletus di antara kedua-dua.


Setelah Thorin dan syarikat baki beliau sampai ke Gunung Lonely , Bilbo mendapati pintu masuk tersembunyi dan dihantar untuk mendapatkan semula Arkenstone , hanya untuk menyedarkan Smaug . Dalam Laketown , Bard cuba untuk membawa anak panah hitam untuk pelancar di bandar ini, tetapi ditangkap dalam proses itu, meninggalkan anaknya untuk menyembunyikan anak panah. Ngablak , Fili , oDalam , Bofur dan anak-anak perempuan Bard kemudiannya diserang oleh Bolg dan parti Orc beliau, yang telah menyusup bandar mencari Thorin . Legolas dan Tauriel tiba tidak lama lagi selepas dan menangkis Orcs . Legolas kemudian mengejar Bolg , manakala Tauriel masih cenderung untuk Ngablak ; dua kemudian mengakui cinta mereka antara satu sama lain . Sementara itu, Gandalf yang mengalahkan jam tangan sebagai Azog dan tentera Orc yang berarak ke arah off Gunung Lonely ; syak wasangka beliau kini telah sedar - Itu identiti sebenar yang ahli nujum adalah Sauron.


Ketika sedang diburu oleh Smaug , Bilbo dan orang kerdil menipu dia ke rekindling sedang bergerak , mereka cuba untuk membunuh naga dengan menanam hidup-hidup dalam emas lebur. Walau bagaimanapun, Smaug muncul dan tersandung daripada gunung yang ditentukan untuk memusnahkan Lake- bandar dan orang-orang untuk membantu orang kerdil . Beliau kemudian mengambil ke udara sebagai jam tangan Bilbo dalam seram pada apa yang mereka telah dilepaskan.

Wednesday, 11 December 2013

Semuanya nak naik!!

Dalam keadaan sekarang ini TNB menaikan kadar elektrik, bebanan rakyat makin tinggi. sepatutnya Kerajaan perlu peka kesusahan yang ditanggung Rakyat, Keadaan ini sangat menyusahkan.media masa beri tahu keuntungan TNB ini berbilion Ringgit,bijak ke kerajaan yang kita pilih ini, macam mana kita nak elak sedangkan Eletrik ini adalah keperluan bagi semua Rakyat. 

Kebelakangan ini kenaikan keperluan harian meningkat, PENDAPATAN seisi rumah masih lagi pada takuk yang sama. KURANG CERDIK nya mereka menaikkan harga  keperluan-keperluan asas. harga MINYAK naik sedangkan Malaysia adalah negara pengeuar minyak, Petronas tu kan Malaysia nye perusahaan.

Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)  pula akan dilaksanakan pada 2015. makin tersepit dan dihimpit tekanan emosi pula makin teruk.. fikir-fikirkan lah rakyat malaysia, apa yang patut kita buat untuk menambah pendapatan untuk menanggung kos-kos yang semakin naik melambung-lambung tinggi....



JPJ Haram Kereta 12 Tahun Ke Atas Di Jalan Raya?


Adakah tindakan melupuskan kereta melebihi 12 tahun akan buat rakyat Malaysia akan GEMBIRA dengan kerajaan sekarang?

Abis tu kat luar negara kereta lama atau dikenali sebagai antik masih lagi bergerak dengan bebas. ok jer aku tengok.. kereta keluaran malaysia ni tak bagus ker? siap ade expired date 12 tahun.. 

rakyat malaysia dah tentu akan  kesempitan duit, rakyat terpaksa berhutang untuk kelangsungan hidup hanya semata-mata nak beli kereta sebijik. rakyat Jepun contohnya tukar kereta 3-4 tahun disebabkan harga kereta di sanan murah. seolah-olah rakyat malaysia adalah hamba kepada pihak bank.... 





hurmm.. tak leh nak kata apa-apa......

Sunday, 8 December 2013

Captain Phillips


Filem ini mengisahkan percubaan merompak kapal MV Maersk Alabama oleh lanun Somalia. cerita ini berdasarkan peristiwa benar. pelayaran di sepanjang pantai Somalia dengan muatan penuh dan menuju ke arah tanduk Afrika. lanun-lanun ini bekerja untuk ketua perang di negara miskin mereka.

Dalam cerita ini Kapten Richard Phillips cuba selamatkan kapal dan anak-anak kapal nya dari lanun, tidak dapat dihalang kerana lanun-lanun bersenjata dan merbahaya. Kapten Richard Phillips menjadi tebusan.

cerita ni memang best.. nak tau lanjut pergi lah tengok sendiri..hehehe..





Saturday, 7 December 2013

Asam Pedas!!!

Aduhai... meleleh air iur aku... hahahahahaaa. semalam aku buat Asam Pedas, setelah sekian lama dekat 2 tahun juga aku tak masak Asam Pedas.... ternyata rasanya masih kick seperti dulu.. 

teringat kenangan berniaga dulu. uhhh... menangis dibuatnya memori zaman kegemilangan

Asam Pedas Gearbox!!!  aku bagi chef aku cuba Asam Pedas yang aku buat... dia makan huh!!! licin.... aku tak nafikan aku sendiri makan sampai bertambah nasi... berpeluh-peluh dibuatnya...

Chef aku tanya... Bila awak nak buka restoran? buat lah come back..  aku hanya diam membisu.. moga dengan berkat doa peminat Asam Pedas Gearbox, aku akan cuba
come back!! insyaallah...

We Pray for kuantan

hai semua... lama da berhari-hari tak menulis.. aku sibuk, kebetulan aku sakit.. sekarang ni musim banjir.. aduhai, aku risau sebab adik aku sekeluarga ada kat kuantan.. mengikut cerita adik aku teruk gak la banjir kali ini.. mereka sekeluarga hampir putus bekalan makanan.. bila dengar cerita mereka aku teringat anak-anak buah aku yang comel ayus, nana dan tasya.. budak-budak ni kuat makan... entah macam mana la keadaan mereka..

alangkah bagusnya jika aku dapat pergi membantu mereka, dan juga orang yang kesusahan juga mangsa banjir tidak ketinggalan kucing dan anjing... yang aku mampu berdoa agar mereka semua selamat. harap petugas awam juga kuat semangat dan berjuang sehabis baik..




Dua beranak itu dikhuatiri lemas ketika memindahkan barang ke bot.

Mayat Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Pekan Jamali Ali, 44, yang lemas ditelenggami pusaran banjir pada Rabu di Sungai Isap, ditemui di tali air Kampung Razali jam 2.30 petang tadi, mayat ditemui penduduk bersama anggota penyelamat dalam keadaan terapung kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian lemas.

Pagi tadi, mayat anak Jamali, Megat Nazri, 17, ditemui di tali air Taman Guru iaitu dua kilometer dari lokasi kejadian pada jam 9.30 pagi. Dalam kejadian 7.30 malam pada Rabu, dua beranak itu dikhuatiri lemas ketika memindahkan barang ke bot. Jamali dan Megat Nazri dipercayai terjatuh ke dalam arus deras selepas bot itu terbalik dipercayai melanggar arus pusaran air. Md Sohaimi berkata kini mayat Jamali sedang dibedah siasat di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan dan akan dimandikan di hospital berkenaan.
Katanya, mayat dua beranak itu akan dibawa pulang ke Pekan sebelum dikebumikan dalam satu lahad hari ini juga.

Banjir melanda negeri Pahang, Terengganu dan Johor dan dikatakan diantara yang terburuk.Sementara Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyeru kerajaan agar dapat mengisytiharkan kawasan Kuantan, Pahang dan daerah Kemaman, Terengganu sebagai “kawasan bencana” akibat dilanda banjir yang terburuk dalam sejarah kedua-dua negeri berkenaan.
 
Menurut Abdul Hadi, pengisytiharan kawasan bencana ini adalah perlu kerana ia membolehkan proses menyelamatkan nyawa penduduk dan penghantaran bekalan.
Katanya penghantaran makanan, pakaian, air bersih terutamanya dapat dilakukan dengan kadar segera tanpa kerenah birokrasi, dan bencana banjir ini diangkat sebagai perkara yang sangat perlu disegerakan penyelesaiannya di peringkat nasional. – 6 Disember, 2013.

Sumber dari #The Malaysian Insider.# Al Fatihah....

Wednesday, 27 November 2013

Biadap seorang perempuan



3 minggu yang lepas.. kawan serumah mula mencari pasal atas alasan tidak berpuas hati pada aku. kan bagus kalau dia berterus-terang yang dia dah tak mampu nak bayar sewa rumah.. masa mula-mula dulu aku dan housemate aku kesian kat dia ni tergesa-gesa cari bilik sewa.. kebetulan kat rumah ade bilik kosong. housemate aku ni hati dia sangat lah mulia. dia pun tawarkan kawan aku ni bilik kosong. so kawan aku dan housemate aku ni deal la untuk bilik tu.. yang aku pelik kawan aku ni tergesa-gesa sangat.. 

hurm tak kesah la.. aku pun tak berapa kenal la sangat kawan aku ni sebab dia baru jer kerja beberapa hari kat tempat kerja aku... aku bengang sangat dia baru masuk je rumah aku beberapa aku da tak selesa, mana taknye merokok depan kami.. dah la aku dan housemate aku semput.. hurmm... aku diam jer la.. harap harap dia faham sendiri.. sebab kami da bincang awal awal syarat menyewa rumah...

selepas tiga minggu dia duduk serumah,  kami da mula rimas dengan dia ni.. tandas berbau hancing sebab dia merokok pastu tandas tak basuh bersih.. rumah pula dah melampau bau busuknya kerana bau asap rokok .. sampah tak buang.. makanan basi tak buang... sampah berulat tak ambil tahu.. dan macam macam lagi.. 

aku la mengemas rumah.. makin lama makin biadap, buka radio kuat-kuat dalam bilik, orang letih baru nak tidur dah terganggu pula.. keluar masuk bilik suka sangat dia hempas pintu..kenapa susah sangat dia nak menghormati kami.. aku pun mula tegur. baru tegur da mantul. aku kena balik.. dia mula la marah aku. aku pun tak tahu nak cakap apa, housemate aku bincang la dengan dia.. rupannya dorang bergaduh dalam sms.. aku pun tak nak kata apa lagi..jadi kami buat keputusan supaya kawan aku kena ni cari bilik sewa baru.. kami da tak selesa sangat dengan kerenah orang yang tak hormat orang lain

dia da dapat cari rumah sewa. so dia pindah.. tanpa pengetahuan aku housemate aku bayar dia untuk keluar dari rumah tu kerana kami dah tak tahan dengan dia... aduhai..  entah la.. moga dia belajar sesuatu pada masa akan datang.. pelajaran dalam cerita ni, hormatlah orang, jaga perasaan orang, perempuan sepatutnya lemah lembut dan bersopan.. moga masa akan datang aku berjaya mendidik anak perempuan, supaya tidak biadap..


Jangan menipu


hari ini kisah orang yang menipu dan tidak tahu bersyukur.. aku tulis cerita ni sebab aku kesian dengan kawan-kawan aku yang tak tahu dan tak nak ambil tahu erti bersyukur..

ungkapan yang baik dan psositif seperti  alhamdulillah, terima kasih dan syukur susah sangat nak di ungkapkan kerana ada ego yang tebal dalam hati.. video kat atas tu sebagai perumpamaan sahaja.. 

dah la mereka tu perempuan, kuat merokok, pengotor, suka pentingkan diri, mencarut, memaki hamun, suka mencabar-cabar dan sentiasa ada perasaan bersangka buruk..

aku pun tak faham kenapa orang lagi suka buat perkara jahat  dari buat perkara yang baik.. bila di tegur mereka melenting tak mahu terima kritikan kononnya.. dalam semua agama melarang kita buat jahat dan sangat wajib untuk berbuat baik.

aku juga bersyukur kerana kawan-kawan pengkhianat ni da pergi dari hidup aku.. takde la aku kena tipu lagi, kena maki-maki, kena bersihkan sampah sarap dalam rumah... dunia ini indah jika kita tau bersyukur.. sekian....assalamualaikum dan salam sejahtera

p/s : pengalaman mengajar aku menjadi manusia yang lebih baik bukan sekadar bahan cerita untuk bermegah atau bengga tapi sebagai landasan dan tauladan untuk menjadi manusia yang lebih hebat

Monday, 25 November 2013

HERO - tempat mu disyurga...

aku terkejut bila membaca artikel di --sedih, sayu dan pilu dan sentap dalam hati bila dapat tahu hero telah tiada lagi,hero mati akibat menghidapi penyakit lukemia, moga allah tabahkan hati mohd hairey (papa hero) dan keluarga.. 
kisah kucing ini pernah mengemparkan malaysia suatu ketika dulu kerana kaki depannya dipotong oleh seorang peniaga kerana kucing ni mencuri makanan di kedainya. semoga allah limpahkan rezeki kepada semua pelindung haiwan. aku pun merasa sedih kerana aku juga pencinta haiwan.. menangis aku kerana berita kematian kucing yang suci ini... 



semua diatas saya ambil dari fb papa hero.. 

Thursday, 21 November 2013

AMARIN Autentic Thai Food Menyelerakan


Kali ni jalan-jalan punya cerita kat Mid valley MegaMall.. kebetulan minggu lepas adik aku cuti nak berjalan ngan kawan-kawan dia. jadi adik aku pun call la.. "akak, eka nak jumpa kawan kat KL jom kita jumpa sekali nak tak!!" aku pun kata ok la.. kita jumpa kat Mid valley nak tak? dia kata ok..

so masa hari yang di janjikan kebetulan aku lewat lah yang sangat.. mahu tak nye menunggu kawan aku yang sorang ni, manja... kesian lambat bangun tidur sebab kerja sampai lewat malam.

aku suruh adik aku jalan-jalan dulu sebab kami lambat sampai..  wah!! mentang-mentang aku lewat mereka pergi tengok cerita highland tower..





Aku sampai mid valley tempat utama dituju adalah kedai buku.. MPH BOOKSTORE.. leka tengok buku sampai 1jam setengah, dan...dan...yee.. jer lapo.. hurm.. kebetulan adik aku da habis tengok wayang.. dia pun ajak g makan.. right timing.. kami pun jalan la pusing cari tempat makan, kawan aku pun cakap, wei.. jom makan kat kedai thai ni, yang lain-lain pun setuju.. kami masuk la kedai... pandangan  pertama adalah..wah!!! cantiknye setting kedai ni... kami duduk, tengok menu dan order, layanan bagus.. pelayan sentiasa senyum, seronok larh!!









ini menu kegemaran aku dan kawan aku, kami ajar adik dan kawan dia makan benda ni, korang pun mestpi cuba, sedap beb.. layan..!!!  nama nye Mieng Kam Celadon








yang ni nama nye Tom Yam Morfray Seafood rasa dia pergh sesuai kena kat tekak kami.. pedas dan secukup rasa, tengah menulis ni pun boleh terliur teringat rasanye...








ini nama nye Phad Sator Gung Petai, yang ni rasa dia ada kureng sikit sebab udang nye rasa tawar mungkin mereka guna udang jenis Vietnam Crystal Prawn, udang jenis ni kalau masak dengan belacan yang bagus pun tak akan berubah rasa kerana udang jenis ini tidak menyerap rasa.. tapi kalu makan kuah dan petai tu memang sedap la... hhehehee..






yang ini paling sedap, aku akan order bila aku pergi mana-mana restoran thai.. nama nye ..... aku suka sangat gandingan daging dan daun basil thai... memang sangat menyelerakan dan segar apabila mengunyah daun basil, aroma dia.. ummmppppp!!! best!!!








ini siakap steam... huh!!! marvelous rasanye.. aku berulang menghirup kuah, masam. pedas dan secukup rasa









ini lah orang yang belanje kami makan.. semoga ALLAH limpahkan rezeki dia.. kesian.. tu muka lapar..











tu la... lewat bangun pastu jalan-jalan tak ingat dunia, ni dah berebut makan kelaparan.. hahahhaha...











inilah adik aku, satu-satunya adik perempuan yang aku ada.. degilnya pun boleh tahan.. dia ni pun kegemaran nye makan juga sama macam aku.. tak hairan la badan kami debab, gemowks gedempowls... wakakakaka... mesti dia marah kalau aku kata dia gemok.. kakakakaaa....











yang ini lah sotong bakar yea.. bukan sotong rebus..!!!! hahaha.. teringat pulak kisah sotong rebus.. hihihihi.. ini rasanye memang segar.. kenyal, manis sotong tu masih ada dan sambal pencicahnye pun beraneka sesuai pada sotong bakar..












puas hati makan.. adik aku kata perut aku da penuh... huh!! kenyang!!! aku kata kau belanje kan... hahahahha... tengok muka ade senyum..  aku gurau jer ngan dia.. kawan aku yang baik hati yang belanja makan.. terima kasih sahabat!!!!








Aku dan Patung Mainan.

ini aktiviti wajib yang mesti aku buat kalau berjalan, sampai adik dan kawan-kawan geleng kepala.. hahahaha.. aku punya suka larh.. adik aku sampai marah-marah... dia kata ishh.. macam budak-budak lah akak ni.. buat malu aje... aku jawab.. buat apa nak malu,, aku yang amek yang nak amek gambar... kau yang malu nape.. hehehe.. 

  meh kita makan biskut dia... hahhahha!!!!

 coommeeelll takk!!! mesti tak kan.. hahhahaha!!!

hahahaaa... nasib baik lembu ni patung kalau lembu hidup habis la kena tendang dengan lembu nih!!! hihihihi... kite korek hidung dia... hehehehehe...

Short Legged Munchkin Vs Baby Rat Toy

Short Legged Munchkin Vs Baby Rat Toy






# i share this video from  MEOW AUM! blog
i miss u #mick#, #kontong# #pea ceng#, #jl#. wait me in heaven.. peace..

Wednesday, 20 November 2013

Koleksi Permainan





ini salah satu benda yang aku suka, aku suka pada permainan macam ni, aku beminat mengumpul permainan seperti ini terutama apa sahaja pasal Transformers, insyaallah ade duit lebih aku beli la.. sekarang ni duit kena jimat untuk beli dan guna untuk keperluan yang penting..  arwah adik aku kumpul mainan gundam.. mama aku simpan dalam almari.. bila aku balik kampung aku selalu lap gundam tu dan teringat memori kenangan kami masa kecil.. semuanya  tinggal kenangan....

telatah anak buah dengan bapa sedara.

ini lah dia tiap-tiap hari mereka macam ni, jumpa nak bergurau, nak menyakat, nak merajuk, hahaaha... boleh runtuh rumah kalau ada sepuluh ...