Wednesday, 27 November 2013

Biadap seorang perempuan



3 minggu yang lepas.. kawan serumah mula mencari pasal atas alasan tidak berpuas hati pada aku. kan bagus kalau dia berterus-terang yang dia dah tak mampu nak bayar sewa rumah.. masa mula-mula dulu aku dan housemate aku kesian kat dia ni tergesa-gesa cari bilik sewa.. kebetulan kat rumah ade bilik kosong. housemate aku ni hati dia sangat lah mulia. dia pun tawarkan kawan aku ni bilik kosong. so kawan aku dan housemate aku ni deal la untuk bilik tu.. yang aku pelik kawan aku ni tergesa-gesa sangat.. 

hurm tak kesah la.. aku pun tak berapa kenal la sangat kawan aku ni sebab dia baru jer kerja beberapa hari kat tempat kerja aku... aku bengang sangat dia baru masuk je rumah aku beberapa aku da tak selesa, mana taknye merokok depan kami.. dah la aku dan housemate aku semput.. hurmm... aku diam jer la.. harap harap dia faham sendiri.. sebab kami da bincang awal awal syarat menyewa rumah...

selepas tiga minggu dia duduk serumah,  kami da mula rimas dengan dia ni.. tandas berbau hancing sebab dia merokok pastu tandas tak basuh bersih.. rumah pula dah melampau bau busuknya kerana bau asap rokok .. sampah tak buang.. makanan basi tak buang... sampah berulat tak ambil tahu.. dan macam macam lagi.. 

aku la mengemas rumah.. makin lama makin biadap, buka radio kuat-kuat dalam bilik, orang letih baru nak tidur dah terganggu pula.. keluar masuk bilik suka sangat dia hempas pintu..kenapa susah sangat dia nak menghormati kami.. aku pun mula tegur. baru tegur da mantul. aku kena balik.. dia mula la marah aku. aku pun tak tahu nak cakap apa, housemate aku bincang la dengan dia.. rupannya dorang bergaduh dalam sms.. aku pun tak nak kata apa lagi..jadi kami buat keputusan supaya kawan aku kena ni cari bilik sewa baru.. kami da tak selesa sangat dengan kerenah orang yang tak hormat orang lain

dia da dapat cari rumah sewa. so dia pindah.. tanpa pengetahuan aku housemate aku bayar dia untuk keluar dari rumah tu kerana kami dah tak tahan dengan dia... aduhai..  entah la.. moga dia belajar sesuatu pada masa akan datang.. pelajaran dalam cerita ni, hormatlah orang, jaga perasaan orang, perempuan sepatutnya lemah lembut dan bersopan.. moga masa akan datang aku berjaya mendidik anak perempuan, supaya tidak biadap..


Jangan menipu


hari ini kisah orang yang menipu dan tidak tahu bersyukur.. aku tulis cerita ni sebab aku kesian dengan kawan-kawan aku yang tak tahu dan tak nak ambil tahu erti bersyukur..

ungkapan yang baik dan psositif seperti  alhamdulillah, terima kasih dan syukur susah sangat nak di ungkapkan kerana ada ego yang tebal dalam hati.. video kat atas tu sebagai perumpamaan sahaja.. 

dah la mereka tu perempuan, kuat merokok, pengotor, suka pentingkan diri, mencarut, memaki hamun, suka mencabar-cabar dan sentiasa ada perasaan bersangka buruk..

aku pun tak faham kenapa orang lagi suka buat perkara jahat  dari buat perkara yang baik.. bila di tegur mereka melenting tak mahu terima kritikan kononnya.. dalam semua agama melarang kita buat jahat dan sangat wajib untuk berbuat baik.

aku juga bersyukur kerana kawan-kawan pengkhianat ni da pergi dari hidup aku.. takde la aku kena tipu lagi, kena maki-maki, kena bersihkan sampah sarap dalam rumah... dunia ini indah jika kita tau bersyukur.. sekian....assalamualaikum dan salam sejahtera

p/s : pengalaman mengajar aku menjadi manusia yang lebih baik bukan sekadar bahan cerita untuk bermegah atau bengga tapi sebagai landasan dan tauladan untuk menjadi manusia yang lebih hebat

Monday, 25 November 2013

HERO - tempat mu disyurga...

aku terkejut bila membaca artikel di --sedih, sayu dan pilu dan sentap dalam hati bila dapat tahu hero telah tiada lagi,hero mati akibat menghidapi penyakit lukemia, moga allah tabahkan hati mohd hairey (papa hero) dan keluarga.. 
kisah kucing ini pernah mengemparkan malaysia suatu ketika dulu kerana kaki depannya dipotong oleh seorang peniaga kerana kucing ni mencuri makanan di kedainya. semoga allah limpahkan rezeki kepada semua pelindung haiwan. aku pun merasa sedih kerana aku juga pencinta haiwan.. menangis aku kerana berita kematian kucing yang suci ini... 



semua diatas saya ambil dari fb papa hero.. 

Thursday, 21 November 2013

AMARIN Autentic Thai Food Menyelerakan


Kali ni jalan-jalan punya cerita kat Mid valley MegaMall.. kebetulan minggu lepas adik aku cuti nak berjalan ngan kawan-kawan dia. jadi adik aku pun call la.. "akak, eka nak jumpa kawan kat KL jom kita jumpa sekali nak tak!!" aku pun kata ok la.. kita jumpa kat Mid valley nak tak? dia kata ok..

so masa hari yang di janjikan kebetulan aku lewat lah yang sangat.. mahu tak nye menunggu kawan aku yang sorang ni, manja... kesian lambat bangun tidur sebab kerja sampai lewat malam.

aku suruh adik aku jalan-jalan dulu sebab kami lambat sampai..  wah!! mentang-mentang aku lewat mereka pergi tengok cerita highland tower..





Aku sampai mid valley tempat utama dituju adalah kedai buku.. MPH BOOKSTORE.. leka tengok buku sampai 1jam setengah, dan...dan...yee.. jer lapo.. hurm.. kebetulan adik aku da habis tengok wayang.. dia pun ajak g makan.. right timing.. kami pun jalan la pusing cari tempat makan, kawan aku pun cakap, wei.. jom makan kat kedai thai ni, yang lain-lain pun setuju.. kami masuk la kedai... pandangan  pertama adalah..wah!!! cantiknye setting kedai ni... kami duduk, tengok menu dan order, layanan bagus.. pelayan sentiasa senyum, seronok larh!!









ini menu kegemaran aku dan kawan aku, kami ajar adik dan kawan dia makan benda ni, korang pun mestpi cuba, sedap beb.. layan..!!!  nama nye Mieng Kam Celadon








yang ni nama nye Tom Yam Morfray Seafood rasa dia pergh sesuai kena kat tekak kami.. pedas dan secukup rasa, tengah menulis ni pun boleh terliur teringat rasanye...








ini nama nye Phad Sator Gung Petai, yang ni rasa dia ada kureng sikit sebab udang nye rasa tawar mungkin mereka guna udang jenis Vietnam Crystal Prawn, udang jenis ni kalau masak dengan belacan yang bagus pun tak akan berubah rasa kerana udang jenis ini tidak menyerap rasa.. tapi kalu makan kuah dan petai tu memang sedap la... hhehehee..






yang ini paling sedap, aku akan order bila aku pergi mana-mana restoran thai.. nama nye ..... aku suka sangat gandingan daging dan daun basil thai... memang sangat menyelerakan dan segar apabila mengunyah daun basil, aroma dia.. ummmppppp!!! best!!!








ini siakap steam... huh!!! marvelous rasanye.. aku berulang menghirup kuah, masam. pedas dan secukup rasa









ini lah orang yang belanje kami makan.. semoga ALLAH limpahkan rezeki dia.. kesian.. tu muka lapar..











tu la... lewat bangun pastu jalan-jalan tak ingat dunia, ni dah berebut makan kelaparan.. hahahhaha...











inilah adik aku, satu-satunya adik perempuan yang aku ada.. degilnya pun boleh tahan.. dia ni pun kegemaran nye makan juga sama macam aku.. tak hairan la badan kami debab, gemowks gedempowls... wakakakaka... mesti dia marah kalau aku kata dia gemok.. kakakakaaa....











yang ini lah sotong bakar yea.. bukan sotong rebus..!!!! hahaha.. teringat pulak kisah sotong rebus.. hihihihi.. ini rasanye memang segar.. kenyal, manis sotong tu masih ada dan sambal pencicahnye pun beraneka sesuai pada sotong bakar..












puas hati makan.. adik aku kata perut aku da penuh... huh!! kenyang!!! aku kata kau belanje kan... hahahahha... tengok muka ade senyum..  aku gurau jer ngan dia.. kawan aku yang baik hati yang belanja makan.. terima kasih sahabat!!!!








Aku dan Patung Mainan.

ini aktiviti wajib yang mesti aku buat kalau berjalan, sampai adik dan kawan-kawan geleng kepala.. hahahaha.. aku punya suka larh.. adik aku sampai marah-marah... dia kata ishh.. macam budak-budak lah akak ni.. buat malu aje... aku jawab.. buat apa nak malu,, aku yang amek yang nak amek gambar... kau yang malu nape.. hehehe.. 

  meh kita makan biskut dia... hahhahha!!!!

 coommeeelll takk!!! mesti tak kan.. hahhahaha!!!

hahahaaa... nasib baik lembu ni patung kalau lembu hidup habis la kena tendang dengan lembu nih!!! hihihihi... kite korek hidung dia... hehehehehe...

Short Legged Munchkin Vs Baby Rat Toy

Short Legged Munchkin Vs Baby Rat Toy






# i share this video from  MEOW AUM! blog
i miss u #mick#, #kontong# #pea ceng#, #jl#. wait me in heaven.. peace..

Wednesday, 20 November 2013

Koleksi Permainan





ini salah satu benda yang aku suka, aku suka pada permainan macam ni, aku beminat mengumpul permainan seperti ini terutama apa sahaja pasal Transformers, insyaallah ade duit lebih aku beli la.. sekarang ni duit kena jimat untuk beli dan guna untuk keperluan yang penting..  arwah adik aku kumpul mainan gundam.. mama aku simpan dalam almari.. bila aku balik kampung aku selalu lap gundam tu dan teringat memori kenangan kami masa kecil.. semuanya  tinggal kenangan....

Biar Betul!!!




apa pendapat korang pasal gambar ni? apa sebenarnya pelukis nak bagi tau kat kita? cuba citer... hahhahaha!!! 

Tuesday, 19 November 2013

Perkara yang aku tak setuju..


ini lah cerita kebelakangan  ini yang berlaku, kat philipina kerajaan mereka cuba bantu rakyat dengan menurunkan harga minyak.. baguskan.. malaysia negara pengeluar minyak, tapi harga minyak kat malaysia melampau.. kesian kita rakyat malaysia...






ini pula kisah menteri belia dan sukan kita, guna duit siapa bayar kepada artis k-pop? mempertahankan & katanya pengiktirafan kerajaan kepada belia.... wajar ke buat begitu?















ini pula kenyataan si bodoh, ade ke patut menyokong kereta berumur 12 tahun dimusnahkan, abis kalau kereta belum habis bayar macam mana?.. nak beli kereta pun tak mampu.. aduhai.. langsung tak kaji baik dan buruk sebelum buat kenyataan.. anak orang kaya boleh la..mak bapa dah sediakan kereta.. ni orang kerja bertahun nak beli kereta sebijik pun payah... 










yang ini lagi lah tak boleh terima, aku pun da tak boleh nak komen apa.. semuanya menjurus nak menyusahkan rakyat, kereta nak lupus, motor kapcai dah tak leh guna on the road.. lagi apa lagi tah yang dorang nak buat.... 





Friday, 15 November 2013

Gula-gula Warna-warni



menarik tak gula-gula ni......?????  tengah jalan-jalan kat mid valley ternampak kedai jual gula-gula dan pelbagai jenis asam dan jeruk... meh! gila memalukan teruk la juga perangai aku sengeh sorang-sorang kawan aku pun pelik tengok gelagat aku gembira macam orang senget..  
huhuhuaaaahuaaa kegemaran aku!!!!  hehehhe... aku memang gila suka sangat tengok gula-gula warna-warni.. tapi beli bukan makan pun.. hanya suka pada warna yang amat cantik.. kalau makan gula-gula selalu kang kena kencing manis dan penyakit lain-lain yang sewaktu dengan nya.. 
aku masuk jer kedai gula-gula ni aku gembira tak terkata, cuci mata la katakan.. terapi bau-bauan dan terapi warna.. sangat gembira kerana zaman kanak-kanak kami ni susah.. tapi bila dewasa gini rasa bersyukur sangat ada hikmah disebalik kesusahan kami.. alhamdulillah syukur.. kegembiraan  melambangkan ketenangan jiwa..... 

Thursday, 14 November 2013

Ender's Game


 Hari ahad minggu lepas aku pergi lepak dan jalan-jalan dengan adik aku dan kawan-kawan kat mid valley.. huhuhuuuaaa... seronoknye bila kawan nak belanja kan.. tengok wayangkan.. ahhahaha...


Dalam cerita  Ender's Game ni mengisahkan seorang budak bernama Ender Wiggin dia adalah seorang pemalu, cemerlang dan mempunyai minda yang sangat strategik.  Ender dilatih di sekolah tentera antarabangsa dan seorang yang amat bijak dalam aplikasi permainan strategi peperangan.  Kolonel Hyrum Graff dan dan ahli tentera antarabangsa telah melatih minda muda terbaik untuk menghapuskan bangsa asing yang dipanggil Formics telah menyerang Bumi suatu ketika dahulu..  

Ender dilatih oleh  Rackham untuk memimpin askar rakan-rakan beliau dalam pertempuran epik yang akan menentukan masa depan bumi dan menyelamatkan umat manusia. dalam pertengahan kemuncak cerita memanh menarik..pastu dekat nak abis aku bengang dengan scene ender marah-marah kerana merasakan diri tertipu dengan Kolonel Hyrum Graff.. penghujung cerita memang tak best langsung. mungkin ada sambungan kot... 


Wednesday, 13 November 2013

Inilah Akibat Rajin Berangan...

haaaa..!!!!. ini aku nak cerita sikit pasal diri aku sendiri yang suka sangat berangan. ada suatu masa beberapa bulan lepas sebelum aku diberhentikan kerja, aku ni suka sangat kerja bersendirian dan pandai bawa diri semasa kerja, al maklumlah da kerja lama mesti la tau buat kerjakan.... aku ni kerja jadi commis kat sebuah restoran yang ade klass kat kawasan cyberjaya.. kerja kat tempat yang sibuk adalah sangat memenatkan.. tapi poket masyuk ok la kan.. 

terkena lah aku pada suatu hari, waktu tu tak sibuk... aku duduk la melepak kejap sambil rehat.. sekali chef aku datang ke kitchen perhatikan aku.. hahahaha.. waktu tu aku tengah tersengeh berangan tengah makan donut sorang-sorang.. lama juga la chef tengok reaksi aku macam sengal jer kan.. cuba korang bayangkan orang berangan syok sendiri macam mana? mesti kelakar bodo-bodo macam sengal kan.. 

hahahha.. chef aku sergah aku! dia jerit kuat-kuat.. weeeiiii mak cik!!! ko ni kuat berangan eah!! huh! bapak terkejut aku sentap la... aduhaaaiiiii.. spoil la!! aku tengah berangan makan kuih donut.. yang sangat memalukan perbuatan berangan aku tu dirakam oleh chef aku.. eeeiiiiii.... kite tak suka tau... hhhhuuuuu... dah muncung sedepa mulut aku macam merajuk.. tapi kawan-aku pujuk la aku balik.. mana taknye aku la yang paling rajin berangan... seronoknya ada kawan-kawan yang baik  macam dorang, kami satu team yang bagus.. keesokkan hari, chef aku belanje la donut.....****donut..*** oh.. donut!!! hehhee.. lawak lah lu ni chef, kau kenakan aku...bukan main kepalang aku terkejut...


p/s **pelajaran dalam cerita ni jangan berangan kat tempat kerja, nanti kena marah.. hambik kau, wakena beb!!**



Putrajaya di kala senja...















cantik tak pemandangan putrajaya dikawasan sekitar presint 2 di waktu petang? 
mesti lah cantikkan.. indah dan menyejukkan hati dikala menunggu solat maghrib.. ini lah antara pemandangan semulajadi yang cantik ada di bumi malaysia.. santai sahaja menghayati pemandangan awan yang  bermacam bentuk.. siapakah dia antara kita bersyukur dapat melihat pemandangan seperti ini... pantulan cahaya kekuningan emas, kebiruan jernih air.. wah...!!! meleret-leret ayat aku.. harap korang semua dapat datang sendiri putrajaya untuk menghayati pemandangan seperti ini..

telatah anak buah dengan bapa sedara.

ini lah dia tiap-tiap hari mereka macam ni, jumpa nak bergurau, nak menyakat, nak merajuk, hahaaha... boleh runtuh rumah kalau ada sepuluh ...